Saturday, March 3, 2012

SEJARAH SEKOLAH




Sekolah ini mula dibuka pada 01.08.1920 dengan nama “Sekolah Melayu Ayer Tawar”. Murid ketika itu berjumlah 42 orang sahaja. Bangunannya adalah rumah kedai yang disewa terletak di Pekan Ayer Tawar sekarang ini.

En. Ulung Mat Rasul b. Hj Ibrahim adalah Ketua Kampung yang kedua merupakan orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan dan pembukaan sekolah ini. Pada 15.10.1945 sekolah baru di Batu 16 mula dibuka dengan diuruskan oleh En. Mustafa Al-bakry, Pegawai Jajahan Dinding ketika itu. Bangunan tambahan didirikan pada 02.07.1952 secara bergotong-royong oleh orang-orang kampung. Pada 01.06.1957 nama sekolah ditukar kepada “Sekolah Umum Ayer Tawar”.

Bangunan baru yang mengandungi 4 bilik darjah, 1 pejabat, 1 stor, 1 bilik guru, 1 kantin dan tandas telah siap dan boleh digunakan pada 04.01.1971. Bilangan murid ketika itu ialah 183 orang (Tahun 1 hingga 6). 31.12.1988 bangunan baru telah siap dibina yang terdiri daripada 4 bilik darjah dan 1 stor. 27.02.1989 Pusat Kegiatan Guru Ayer Tawar dipindahkan dari SMK Ambrose ke SK Ayer Tawar mengikut arahan JPN Perak.

01.12.1992 murid sekolah ini bertambah menjadi 326 orang. Sekolah mula mengadakan sesi petang kerana kekurangan bilik darjah. Pada tahun 1995, sambutan ulangtahun ke 75 sekolah ini mengadakan Majlis Makan Malam dan Hari Terbuka.

Pada tahun 2003, bangunan baru 3 tingkat mula digunakan. Sekolah dilengkapi dengan Bilik Sains, dan Bili Kemahiran Hidup yang kini dikenali sebagai Bilik RBT. Pejabat dan bilik darjah yang boleh diubahsuai menjadi dewan. Sekolah kini hanya satu sesi (pagi). Surau pula telah dibina pada tahun 2010. Sekarang ini murid sekolah berjumlah 370 orang, 41 orang guru dan 10 kaki tangan sokongan.

Antara pencapaian terbaik SKAT adalah mendapat tempat Kelima Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Bilik Boss pada tahun 2015, Naib Johan Pertandingan Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Perak  dan Johan  Surau Imarah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2016. Pada tahun 2017, sekolah merangkul Naib Johan Program Anugerah 3K Peringkat Negeri Perak.

Kejayaan demi kejayaan terus dicapai oleh warga SKAT. Pada tahun 2018 , SKAT menjadi Johan Video Generasi Farm Fresh (Kategori Sekolah Rendah) Peringkat Kebangsaan, Johan Pertandingan Amalan Terbaik Perkhidmatan Kantin Peringkat Negeri Perak, Tempat Ketiga Amalan Terbaik Pengurusan RMT Peringkat Negeri Perak. Manakala pada tahun 2019 pula, Skat dianugerahkan sebagai Johan Pertandingan Amalan Terbaik Kelab SPBT Peringkat Negeri Perak. Keputusan UPSR juga merupakan pencapaian yang terbaik pada tahun 2019. Pada Tahun 2020 sekali lagi SK Ayer Tawar dianugerahkan sebagai Johan bagi Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Negeri Perak .

Sekolah ini tersenarai dalam kumpulan sekolah gred A pada tahun 2002 sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.