Thursday, April 26, 2012

Pertandingan Paluan Kompang & Formasi Peringkat Sekolah Daerah Manjung 2012


Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Peringkat Sekolah Rendah Daerah Manjung akan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Ayer Tawar pada 30 April 2012.

Semua penduduk Ayer Tawar dialu-alukan untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Tarikh : 30 April 2012 (Isnin)
Tempat : Dataran Kejat SK Ayer Tawar
Masa : 2.30 petang.


Terima Kasih.

Wednesday, April 18, 2012

19 APRIL CUTI UMUM SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK



sumber google

BIOGRAFI
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU),
D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH),
D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG),
S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P.

 
Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19hb April 1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku  telah mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata.


D.Y.M.M. Tuanku telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris), Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah. Tuanku kemudiannya melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah itu, Tuanku telah menyambung pendidikannya di dalam bidang Undang-Undang di University of Nottingham, United Kingdom di mana Tuanku telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1953. Pada 23hb November, 1954 D.Y.M.M. Tuanku telah diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln's Inn.

Tuesday, April 10, 2012

11 APRIL CUTI UMUM SEMPENA PERTABALAN AGONG

sumber google
Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.
Sempena Pertabalan Agong, 11 April 2012 adalah cuti umum bagi rakyat Malaysia. Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara. Pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan  Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.
Sumber : Kosmo

Thursday, April 5, 2012

Monday, April 2, 2012

Story Telling and Action Songs Competition

Good luck to the  Story Telling participant and the action songs  team in the Zone Level Competition. Show  the best you can!!

Sunday, April 1, 2012

MARI KIRA GAJI BARU



Assalammualaikum.. nak tahu gaji baru...SILA KLIK link ini... GAJI BARU

Selamat mengira.