sumber google |
BIOGRAFI
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU),
D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH),
D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG),
S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P.
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU),
D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH),
D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG),
S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P.
Duli Yang Maha Mulia
Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19hb April
1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku telah
mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak,
Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata.
D.Y.M.M.
Tuanku telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris),
Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah.
Tuanku kemudiannya melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Melayu
Kuala Kangsar. Setelah itu, Tuanku telah menyambung pendidikannya di
dalam bidang Undang-Undang di University of Nottingham, United Kingdom
di mana Tuanku telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda
Undang-Undang pada tahun 1953. Pada 23hb November, 1954
D.Y.M.M. Tuanku telah diterima sebagai ahli di dalam The English Bar
oleh The Honorable Society of Lincoln's Inn.
Sekembalinya
dari United Kingdom, D.Y.M.M. Tuanku telah memulakan perkhidmatan
sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kemudiannya, Tuanku
telah memasuki Perkhidmatan Undang-Undang Dan Kehakiman Persekutuan
Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah
Sesyen. D.Y.M.M. Tuanku kemudiannya telah dilantik ke dalam
jawatan-jawatan berikut: sebagai Peguam Persekutuan dan Timbalan
Pendakwa, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar
Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya sebagai Ketua
Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Pada tahun
1965, ketika hanya berusia tiga puluh tujuh tahun, D.Y.M.M. Tuanku
telah dinaiktarafkan ke Kerusi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sebagai
hakim termuda yang
pernah dilantik di dalam sejarah kehakiman Komanwel. Pada tahun 1973,
Tuanku telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun
kemudian, iaitu pada tahun 1979, Tuanku telah dilantik untuk memegang
jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, jawatan yang dipegang
sehingga perlantikan Tuanku sebagai Ketua Hakim (dulu dikenali sebagai
Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12hb November, 1982.
Tanggal 1
Julai, 1983, D.Y.M.M. Tuanku telah dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak
dan kemudiannya mewarisi takhta negeri Perak pada 3hb Februari, 1984
sebagai Sultan Perak yang ke-34. D.Y.M.M. Tuanku telah ditabalkan secara
rasmi pada 9hb Disember, 1985.
Sumbangan
dan kerja-kerja amal D.Y.M.M. Tuanku telah banyak memberi faedah
khususnya kepada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi. Di antara
jawatan-jawatan yang pernah dijawat oleh Tuanku adalah sebagai Canselor
Universiti Sains Malaysia (4hb Oktober, 1971 - Februari, 1984),
Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1hb November, 1974 -
31hb Oktober, 1976) dan sebagai Canselor Universiti Malaya sejak 8hb
Februari, 1986.
D.Y.M.M.
Tuanku telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh
Universiti Malaya pada 30hb Jun, 1979 dan Ijazah Kehormat Kedoktoran
Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 28hb Jun, 1980.
Kecemerlangan dan pencapaian Tuanku juga telah diiktiraf oleh pelbagai
universiti luar negara, seperti University of Nottingham yang telah
menganugerahkan Tuanku dengan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang
pada 11hb Julai, 1986 diikuti oleh Lincoln's Inn, London yang
menganugerahkan Tuanku dengan "Kerusi Kehormat" pada tahun 1988. Di
samping itu, D.Y.M.M. Tuanku juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat
Kedoktoran Undang-Undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta,
Indonesia pada 28hb September, 1990, oleh Universiti Brunei Darussalam
pada 30hb Oktober, 1990 lantas diikuti oleh Universiti Chulalongkorn,
Bangkok, Thailand pada 19hb Disember, 1990. Pada 2hb Oktober, 1991,
D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan Keahlian Kehormat The Royal College
of Physician of Ireland. Anugerah yang sama juga telah diberikan oleh
Royal College of Surgeons of Ireland, The Royal College of Surgeons of
Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada tahun 1999.
Berdasarkan pencapaian cemerlang di dalam perkhidmatannya, D.Y.M.M. Tuanku telah
dianugerahkan pelbagai anugerah kehormat samada di peringkat Persekutuan mahupun
dari luar negara. Di antaranya adalah D.K.;D.K.M.; D.M.N.; D.K.(Kelantan), D.K.
(Terengganu); D.K. (Perlis); D.K. (Johor); D.K.(Selangor); D.K.(Kedah);
D.K.M.B.(Brunei); D.K.(Negeri Sembilan); D.K.(Pahang); S.S.M.; P.M.N.; P.S.M.;
S.P.C.M.; S.P.T.S.; S.P.M.P.; S.I.M.P.; The Most Auspicious of The
Rajamitrabhorn (Thailand); Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea); Collar of
The Japanese Order of The Chrysanthemum dan Grand Cordon of The Supreme Order of
the Chrysanthemum (Jepun); Civil Order; 1st Class (Oman) dan Orden Al-Merito De
Chile (Republik Chile); Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia); dan Hon. Knight
Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (U.K.). D.Y.M.M. Tuanku
juga telah dikurniakan The PAUL HARRIS FELLOWSHIP oleh Rotary International dan
The Melvin Jones Fellow Award oleh Lions Clubs International.
Minat yang
mendalam Tuanku di dalam bidang sukan khususnya bidang hoki telah bermula sejak
zaman persekolahan lagi. D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kini
memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (Malaysian Hockey
Federation), Presiden Hoki Asia serta sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki
Antarabangsa (International Hockey Federation). Selain hoki, Tuanku juga amat
berminat di dalam permainan golf, dan kini kini merupakan Penaung DiRaja bagi
Persatuan Undang-Undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British
Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs,
The Lions Clubs, Kelab Ipoh DiRaja, Kelab Golf DiRaja Perak, Kelab Polo
Iskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta
Persatuan Hoki Veteran Perak.
Pada tahun 1992,
di Ekspo Pelancongan Domestik Perak, satu jenis spesis bunga orkid telah
dinamakan bersempena dengan nama Tuanku dengan rasminya - "Doritinopsis
Sultan Azlan Shah" selepas menerima anugerah tanaman terbaik di dalam
kategorinya.
Menghargai
komitmen D.Y.M.M. Tuanku sebagai Penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia (The
Malaysia Nature Society), satu jenis spesis baru serangga yang ditemui ketika
Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994) telah juga dinamakan bersempena nama
Tuanku - Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis
Mohamedsaid dan Azlania borneensis Mohamedsaid
Pada 25hb April,
1989, D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diisytiharkan
dengan rasminya sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong Malaysia Yang
Se-Sembilan.
Sumber :Portal Sultan Perak
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih atas komen anda.