Monday, March 26, 2012

KEGIATAN KOKURIKULUM

PERATURAN DAN PENGAWASAN
  1. Aktiviti Kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu bermula jam 2.15 petang hingga 4.15 petang.
  2. Perhimpunan bulanan Kokurikulum pula akan diadakan pada hari Rabu minggu ketiga setiap bulan.
  3. Aktiviti Kokurikulum dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :
2.00 petang - 4.00 petang : Unit Beruniform
4.00 petang - 5.00 petang : Kelab / Persatuan (Minggu A)
4.00 petang - 5.00 petang : Aktiviti 1M1S (Minggu B)

     4.  Loceng akan dibunyikan oleh penyelaras pada pukul 2.00 petang.
     5.  Murid akan berkumpul di tapak perhimpunan mengikut kumpulan masing-masing 
          dan bergerak ke tempat yang ditetapkan oleh guru penasihat untuk aktiviti 
          seterusnya.
     6.  Loceng kedua akan dibunyikan pada 4.00 petang menandakan sesi kedua aktiviti 
          akan dimulakan dan murid-murid akan bergerak mengikut arahan guru penasihat.
     7.  Guru-guru diwajibkan hadir bertugas sepanjang aktiviti kokurikulum dan 1M1S.
     8.  Sebarang ketidakhadiran mestilah dengan kebenaran Guru Besar.



TUGAS-TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM
  1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
  2. Membantu Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum dalam perancangan, pengagihan tugas, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas murid.
  3. Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada peringkat persatuan/kelab, permainan serta badan beruniform.
  4. Memastikan rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
  5. Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa dikemaskini dan mencukupi.
  6. Memastikan keselamatan murid-murid berada dalam keadaan baik semasa aktiviti dijalankan.


TUGAS-TUGAS PENYELARAS
  1. Menentukan penglibatan semua murid tahun 3,4,5 dan 6.
  2. Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti  persatuan / kelab, permainan dan unit beruniform.
  3. Membunyikan loceng tepat pada masanya.
  4. Menentukan semua muird berada dalam kumpulan yang betul semada berkumpul.
  5. Mengambil tibdakan segera sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan kepada murid.
  6. Menyelesaikan masalah murid sekiranya ada.


TUGAS-TUGAS GURU PENASIHAT
  1. Membentuk jawatankuasa persatuan kelab, permainan dan unit beruniform.
  2. Mempunyai fail / buku laporan yang lengkap.
  3. Menyediakan rancangan kegiatan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun.
  4. Berada ditempat perhimpunan mengikit masa yang ditetapkan.
  5. Mengambil buku laporan dan menyerahkan kepada penyelaras untuk disemak.
  6. Merekod kehadiran murid dan menandatangani tiap-tiap buku laporan.
  7. Satu salinan perancangan kegiatan tahunan perlu disampaikan pada PK Kokurikulum untuk disemak.
  8. Mengambil langkah-langkah keselamatan dan disiplin sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
  9. Semua kemudahan dan peralatan hendaklah dijaga dengan baik semasa menggunakannya.
  10. Mengisi berita kenyataan dipapan kenyataan.
  11. Mencadangkan nama-nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan.
  12. Memastikan sekiranya ada aktiviti di luar sekolah dijalankan, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih atas komen anda.