Tuesday, March 27, 2012

PENGURUSAN CARA MELAKSANAKAN PROGRAM

PENILAIAN
Setiap gerakerja yang dilaksanakan perlulah dinilai untuk mendapat maklumat dari segi :
  • Keberkesanan rancangan dan program
  • Pencapaian murid dalam gerakerja
  • Masalah dan penglibatan murid

PERANCANGAN
Keberkesanan sesuatu gerakerja bergantung kepada perancangan yang teliti. Dalam gerakerja isi kandungan beberapa perkara perlu diambil pertimbangan. Ianya adalah seperti berikut :

  • Objektif dan Matlamat - Pernyataan objektif dan matlamat hemdaklah je;as dan memenuhi kehendak domain kognitif, psikomotor dan efektif serta mencetuskan penghayatan nilai murni
  • Kemahiran Guru - Guru merupakan nadi penggeraksemua gerakerja. Minat murid berpusatkan kepada kewibawaan guru sebagai pemimpin. Jika guru tiada kemahiran beliau hendaklah mencari kemahiran melalui latihan, kursus, perbincangan dan penyoalan. Guru juga perlu mencari alternatif seperti bantuan pengajar dan pihak luar
  • Minat Murid - Kandungan gerakerja haruslah memenuhi minat dan kebolehan murid
  • Gerakerja yang menyeronokkan - Setia gerakerja mestilah menarik dan menyeronokkan kepada murid serta boleh menimbulkan minat dan juga penyertaan yang lebih
  • Bersesuaian dengan Tahap Murid - Gerakerja hendaklah bersesuaian dengan umur, kebolehan fizikal murid. Laksanakan latihan yang bersesuai dengan tahap murid
  • Khidmat Masyarakat dan Agensi Luar - Guru boleh menggunakan khidmat jurulatih luar sekiranya kurang berkemahiran dalam melatih murid-murid dalam bidang-bidang tertentu
  • Kewangan - Kedudukan kewangan sekolah dan murid perlu diambil kira apabila merancang gerakerja yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi tetapi faedahnya kecil hendaklah ditinggalkan
  • Keselamatan - Setiap gerakerja yang dilaksanakan mestilah ditegaskan aspek keselamatan samada gerakerja itu diadakan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Guru hendaklah sentiasa memastikan gerakerja yang dilakukan tidak membahayakan keselamatan murid-murid
  • Penghargaan - Penghargaan boleh meneguhkan lagi program. Ia memberi insentif pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangan murid-murid

1 comment:

Terima Kasih atas komen anda.